I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 21, 2008

Pengenalan PSS SJK(C) New Kopisan

1.0 PERPUSTAKAAN
1.1 Waktu Operasi
- Dibuka sepanjang waktu persekolahan.

1.2 Aktiviti Membaca Secara Kelas

- Untuk menanam minat membaca di kalangan pelajar, setiap kelas diperuntukkan 30 minit untuk menjalankan aktiviti membaca di dalam perpustakaan.

- Peruntukan masa untuk aktiviti tersebut diselit ke dalam jadual waktu kelas masing-masing.

- Satu jadual penggunaan bilik perpustakaan juga disediakan.

- Semua kelas masuk ke dalam perpustakaan mengikut waktu yang ditetapkan, aktiviti membaca dijalankan dengan lancar.


1.3 Pinjaman Buku Rak Terbuka
- Tempoh pinjaman sebuah buku adalah 2 minggu.
- Guru dan pelajar dibenarkan meminjam 3 buah buku pada satu-satu masa.
- Butir-butir pinjaman dicatatkan di dalam Rekod Pinjaman Buku.
- Peminjaman buku adalah lebih kerap di kalangan pelajar tahun 2, 3, 4 dan 5.

1.4 Pinjaman CD / VCD
- Pinjaman hanya diberikan kepada guru untuk tujuan P&P sahaja.
- Butiran pinjaman dicatatkan di dalam Rekod Pinjaman VCD.


2.0 BAHAN BANTUAN MENGAJAR
2.1 Bilik BBM
- Hanya dibuka kepada guru sahaja
- Guru kerap memasuki bilik BBM untuk meminjam alatan seperti
carta, kad perkataan atau ayat.
- setiap peminjaman dan pemulangan alatan dicatatkan di dalam
Rekod Pinjaman BBM mengikut matapelajaran.

2.2 Pameran BBM di dalam kelas
- Penggunaan BBM tidak terhad dalam waktu P&P sahaja, guru sering mempamerkan carta-carta dan kad-kad perkataan atau ayat pada sudut mata pelajaran di dalam kelas.

3.0 ALAT PANDANG DENGAR
3.1 Bilik Komputer
- Setiap kelas diperuntukkan 60 minit dalam seminggu untuk
menggunakan kemudahan komputer di dalam bilik computer
untuk tujuan pengukuhan mata pelajaran bahasa, Sains dan
Matematik.
- Jadual penggunaan disediakan, pelajar masuk ke dalam bilik
komputer mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
- Semua penggunaan direkodkan di dalam Buku Rekod
Penggunaan Bilik Komputer.

3.2 Alat-alat “hardware” dan “software”
- Guru menggunakan “Laptop” , Projektor dan CD Rom yang dibekalkan oleh KPM untuk pengajaran Bahasa, Sains dan Matematik. Kekerapan penggunaan alatan tersebut adalah seminggu sekali untuk setiap mata pelajran tersebut.
- Guru sering menggunakan CD Rom yang dibekalkan oleh KPM sebagai BBM dalam pengajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
- Butiran pinjaman alatan direkod di dalam Buku Rekod Pinjaman APD.

3.3 Bilik Tayangan
- Jadual penggunaan disediakan, pelajar masuk mengikut jadual.
- Guru lebih gemar menggunakan bilik ini kerana alatan ICT yang
sedia ada dapat menjimatkan masa berbanding dengan pemasangan Laptop di dalam bilik darjah yang agak memakan masa.


4.0 Program NILAM

4.1 Aktiviti Galakan Membaca
- Aktiviti membaca sebelum waktu persekolahan, semasa waktu
rehat dan waktu senggang dijalankan setiap hari.
- Bahan bacaan seperti buku rujukan dan buku fiksyen dibekalkan
dan dipamerkan di dalam kelas.
- Antara promosi yang telah dijalankan : Sudut NILAM,
Sudut Bahan terkini, Sudut Literasi Maklumat, Sudut informasi PSS dan isu-isu semasa, Pameran Bertema dan Program bersama Panitia
- Aktiviti berjalan lancar di bawah bimbingan dan pengawasan guru serta pengawas perpustakaan.


4.2 Buku Rekod Bacaan
- Setiap pelajar diwajibkan membuat rekod bacaan di dalam buku NILAM.
- Tiada pengecualian bagi pelajar Tahun 2 hingga 6 untuk membuat rekod bacaan memandangkan waktu membaca di perpustakaan telah diperuntukkan untuk setiap kelas.


5.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

5.1 Aktiviti Orientasi
- Orientasi Tahun 1
- Latihan Pengawas PSS
- Kursus Kemahiran
- Pengurusan, Kepimpinan dan Motivasi
- Kerja Berpasukan aktiviti Panitia mata pelajaran yang melibatkan semua staf dan pelajar seperti pertandingan dan projek.